Tun Mahathir mahu tubuh parti baharu dialu-alukan, kata Ketua Penerangan Umno

Tun Mahathir mahu tubuh parti baharu dialu-alukan, kata Ketua Penerangan Umno

"Jika nak tubuh parti baharu, nak bertanding pilihan raya itu keputusan yang dialu-alukan kerana dibolehkan dalam perundangan dan perlembagaan negara," itu respon awal Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Kata Annuar Musa (kiri) polimik yang sedang berlaku antara Dr Mahathir (kanan) dengan pemimpin Umno  mempunyai asas mengapa bekas perdana menteri itu memikirkan perlu ditubuhkan parti baharu.

“Jika nak tubuh parti baharu, nak bertanding pilihan raya itu keputusan yang dialu-alukan kerana dibolehkan dalam perundangan dan perlembagaan negara,” itu respon awal Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, semua pihak bebas melakukan apa saja dalam konteks perundangan dan prinsip demokrasi yang diamalkan.

Justeru keputusan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, mengumumkan akan menubuhkan parti baru ujarnya, tidak perlu dipertikaikan.

“Dalam negara kita, semua bebas buat apa sahaja asalkan mereka melakukannya dalam konteks undang-undang dan prinsip demokrasi diamalkan.Tidaklah perlu dipertikaikan.

“Kalau mereka cuba buat diluar daripada amalan perundangan dan demokrasi seperti sebelum ini, mereka  mahu jatuhkan pemimpin, nak buat undi tidak percaya di parlimen, tandatangan deklarasi dan timbulkan suasana tidak menentu kepada rakyat, itu tidak menunjukan kematangan seorang pemimpin.

“Jika nak tubuhkan parti nak bertanding dalam pilihan raya, itu perkara yang sepatutnya lama dulu sudah difikirkan oleh beliau,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Semalam dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Dr Mahathir menyatakan perancangan untuk menubuhkan parti politik baharu dalam masa terdekat sebelum membentuk kerjasama dengan blok pembangkang sedia ada terutama dengan Pakatan Harapan untuk menentang Umno-BN dalam pilihan raya akan datang.

Mengulas mengenainya Annuar berkata, pendirian Umno sentiasa konsisten dari dulu ujarnya jika kerjasama itu menghormati peraturan perlembagaan dan kepentingan negara, semua pihak harus berlapang dada.

“Umno berpegang kepada prinsip dan pendirian kita sendiri, Jika wujud kerjasama parti baharu itu dengan Pakatan Harapan kita alukan.

“Polimik yang sedang berlaku antara Dr Mahathir dengan pemimpin Umno mempunyai asas mengapa beliau memikirkan perlu ditubuhkan parti baharu.

“Di pihak mereka (Pakatan Harapan) sudah tentu bersedia menerima parti politik baharu itu jika ia berkongsi matlamat yang sama,” ujarnya.

Tun Mahathir  pada sidang media semalam di Yayasan Kepimpinan Perdana ditanya mengenai  penubuhan parti baharu.

TAGS