Tun Mahathir minta maaf kepada keluarga mangsa Memali

Tun Mahathir mendakwa Presiden Pas yang menjadi punca tragedi Memali.

Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada keluarga yang mati dalam tragedi Memali dengan berkata dia tidak berniat untuk menghina mereka.

“Saya kadang-kadang tersilap kata dan saya minta maaf. Mungkin perkataan saya itu terkasar dan minta maaf kepada keluarga yang terlibat dalam kematian di Memali,” kata pengerusi Pakatan Harapan itu.

Ketika ceramahnya di Kerinchi semalam, Mahathir berkata, mangsa yang mati di Memali mati katak.

Hari ini, Mahathir meminta maaf dan menarik balik perkataan itu.

Menurut beliau, beliau bercakap hal Memali kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menuduh beliau terlibat dan pembunuhan polis dan orang ramai di Memali.

“Baru-baru ini dia juga menuduh saya diperalat oleh DAP dan berkata Pas tidak pernah kafirkan Umno.

“Padahal semua orang tahu Pas ada kafirkan Umno,” kata Mahathir dalam penjelasan itu.

Bagi beliau, tanpa fatwa dari Hadi bahawa melawan kerajaan yang ada, jika mati mereka mati syahid, peristiwa Memali tidak berlaku.

“Sebab itu saya marah kepada Hadi bukan orang lain, kerana Hadi yang menyebabkan kejadian ini,” katanya.

2.5
OVERALL SCORE
3 user votes x 3.3
CATEGORIES