Tun Mahathir pengerusikan mesyuarat kabinet pertama

Tun Mahathir pengerusikan mesuarat kabinet pertama yang dihadiri 13 anggota pertama kabinet itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan Mesyuarat Kabinet yang pertama hari ini selepas ia dibentuk dan mengangkat sumpah jawatan Isnin lepas.

Mesyuarat yang diadakan di Perdana Putra itu dihadiri oleh kesemua 13 kabinet pertama beliau termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail itu bermula jam 9.25 pagi.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Tan Sri Mazidah Abdul Majid, lapor Bernama.

Mesyuarat ini mencatatkan sejarah apabila ia mesyuarat pertama oleh kerajaan yang bukan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini memerintah negara lebih 60 tahun.

Ia juga menjadi sejarah kerana ia dipimpin oleh Perdana Menteri yang berumur 93 tahun.

Kabinet ini adalah yang ke enam di bawah pimpinan Dr Mahathir. Sebelum ini beliau menjadi Perdana Menteri di bawah kerajaan BN selama 22 tahun iaitu dari 1981 hingga 2003.

Anggota kabinet Dr Mahathir kali ini adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Mewakili Bersatu adalah  Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin,Menteri Pendidikan Dr Mazlee Malik, Menteri Pembangunan Luar Puan Rina Harun.

Dari PKR, Menteri Wanita Dan Pembangunan Keluarga Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Puan Zuraida Kamaruddin.

Dari DAP, Menteri Kewangan Lim Guan Eng,Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Tenaga Manusia Kulasegaran s/o V Murugeson.

Dari AMANAH pula adalah Menteri Pertahanan Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian Dan Asas Tani Salahuddin Ayub dan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote