Tun Siti Hasmah lawat Wan Azizah di hospital

Tun Siti Hasmah lawat Wan Azizah di hospital

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa melawat ketua pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya petang tadi.

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa melawat ketua pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya petang tadi.

Isteri bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu tiba di hospital kira-kira jam 3 petang dan  meluangkan masa hampir sejam melawat Wan Azizah yang dimasukkan ke hospital semalam.

“Tun Dr Siti Hasmah meminta Wan Azizah banyakkan berehat dan seterusnya berdoa agar beliau cepat sembuh,” kata Datuk Khairuddin Abu Hassan yang menemani Siti Hasmah petang tadi.

Nurul Izzah (paling kanan) turut berada di hospital petang tadi

Difahamkan, Wan Azizah yang juga Presiden PKR berada dalam keadaan yang sangat stabil dan memerlukan sedikit masa untuk berehat.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dimasukkan ke Hospital Al Islam, Kampung Baru sebelum dipindahkan ke PPUM hari ini.

Suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan oleh Jabatan Penjara Buloh melawat beliau semalam.

TAGS