Tun Siti Hasmah peluk Wan Azizah di Konvensyen AMANAH

Tun Siti Hasmah peluk Wan Azizah di Konvensyen AMANAH

Tular di media sosial semalam gambar aksi spontan isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah memeluk dari belakang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Berada dalam lif, turut kelihatan isteri Presiden AMANAH, Mohamad Sabu iaitu Normah Alwi yang sedang ketawa.

Aksi mesra melibatkan isteri pemimpin Pakatan Harapan itu dirakam pada Konvensyen Nasional AMANAH di Alor Setar, semalam.

Gambar tersebut kemudiannya turut dikongsi pengguna media sosial termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di laman Instagram beliau.

Orang ramai terutama penyokong Pakatan Harapan memberi reaksi positif terhadap hubungan baik melibatkan keluarga pemimpin blok pembangkang itu.

Pada 27 September lalu, Hasmah menemani Mahathir berkunjung di rumah Mohamad di Seksyen 19, Shah Alam untuk makan malam.

Foto Dr Mahathir bersama Mohamad di meja makan pada kunjungan itu juga tular di media sosial sebelum ini.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS