Tunggakan caruman YIK: Exco Kelantan terkantoi, dakwa Husam

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Mohd Nussuruddin Daud terkantoi apabila menafikan beliau tidak pernah berceramah di Kota Raja, Klang dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini apabila bekas Exco Datuk Husam Musa menunjukkan gambar program beliau itu.

 

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Mohd Nussuruddin Daud terkantoi apabila menafikan beliau tidak pernah berceramah di Kota Raja, Klang dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini apabila bekas Exco Datuk Husam Musa menunjukkan gambar program beliau itu.

Dalam gambar itu, Nusurudin kelihatan bersama dengan timbalan ketua penerangan PAS Selangor, Roslan Mohd Shahir dalam satu majlis yang didakwa diadakan di Kota Raja pada awalnya.

Dalam satu posting di facebooknya, Nussuruddin memaklumkan, “bermula awal tahun sehinggalah sampai ke hari ini, saya tidak pernah datang ke Kota Raja, apatah lagi menyampaikan ucapan di sana.”

Nussuruddin membuat kenyataan itu bagi membalas dakwaan Husam dalam satu kenyataannya bahawa beliau memberikan ucapan di Kota Raja yang menyebut tunggakan bayaran Yayasan Islam Kelantan (YIK) kepada pelbagai agensi walaupun ia telah dipotong dari gaji  kakitangannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Husam mendakwa, seseorang Exco Kelantan telah menafikan beliau ada berceramah di Kota Raja dalam sebelas hari ini, bermula dari 1 Muharam 1437H.

Husam MusaNamun tidak ada pula mana-mana Exco Kelantan ada menafikan kandungan ucapan yang tersebar luas di media sosial berkaitan isu ini, katanya.

“Adakah dengan itu, kandungan ucapan itu di iyakan? Tempat ucapan itu diucapkan adalah sampingan/secondary selagi mana kandungannya benar.

“Samaada di Kota Raja atau di Kelana Jaya – itu mungkin umpanan bahasa untuk mengail respon.

“Pokoknya, adakah Exco Penerangan telah menjawab dakwaan saya selama ini secara terbuka?” kata Husam menjelaskan tentang tempat ceramah exco berkenaan sebenarnya.

Sebelum ini, Husam dalam kenyataannya mempertahankan kenyataannya bahawa YIK telah tidak membayar sejumlah RM14.6 juta wang caruman kakitangannya kepada pelbagai agensi.

“Saya mendakwa jumlah tunggakan caruman itu adalah RM 14.6 juta.Jika angka itu salah, berapa jumlahnya? Saya mempertahankan ketepatan angka ini – RM 14.6 juta,” kata Husam dalam kenyataannya sebelum ini.

Pokoknya, kata Husam, adakah Exco Penerangan telah menjawab dakwaan beliau selama ini secara terbuka iaitu berkaitan angka beliau, kenapa berlaku tunggakan dan bila akan dijelaskan tunggakan itu.

TAGS