Malaysia Dateline

Tunggu 2018 usah terlalu yakin tiada lagi isu besar, kata Mazlan

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) sedia menyahut cabaran Tan Sri Shahrir Samad untuk terus mendedahkan kepincangan Felda, khususnya antara tahun 2012-2016, dimana Tan Sri Isa Samad menjadi Pengerusi Felda.

Ini susulan kenyataan Shahrir dalam akhbar Sinar Harian hari ini, yang dipetik berkata, isu membabitkan tanah felda seluas 6.57 hektar dengan nilai keseluruhan RM269.78 juta di Jalan Semarak, itu bukan sandiwara untuk menutup skandal-skandal lain yang berlaku dalam pengurusan Felda.

” TS Shahrir diingatkan, jangan terlalu yakin tidak ada lagi isu besar melanda Felda setelah skandal tanah Felda di Jalan Semarak.

“Tunggu tahun 2018, wahai Tan Sri Shahrir… Dah tak lama,” itu reaksi Presiden Anak Mazlan Aliman kepada Malaysia Dateline hari ini.

Sebelum ini pada Khamis lalu, Anak dan Pemuda Pakatan Harapan telah membuat lawatan mengejut ke ibupejabat Felda dan menghantar memorandum kepad Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan skandal tanah felda di Jalan Semarak.

Anak dalam kenyataannya mendakwa terdapat 12 lagi skandal membabitkan Risda masih belum terbongkar, tanah Felda Jalan Semarak itu dan lain-lain skandal yang berjaya di bongkar SPRM hanya sebahagian sahaja.

Shahrir dalam kenyaan di Sinar itu turut dipetik berkata, apa yang dilakukan adalah untuk ‘merampas’ kembali tanah yang sememangnya hak Felda.

“Ini bukan cerita nak cover kes lain. Takkan mereka tidak setuju Felda hendak ambil balik tanahya? Kalau setuju sokonglah Felda, sokonglah apa saya buat.

“Kenapa hendak dipertikaikan? Ini bukan mainan politiklah, bukan sandiwara. Sandiwara apa kalau sampai melibatkan polis. Kita but pendedahan terbuka,” katanya seperti dipetik.

Bahkan Shahrir turut berkata terdapat pihak tertentu yang membuat tuduhan melulu terhadap Felda. Sebaliknya beliau mencabar individu yang membuat tuduhan itu tampil memberikan bukti sahih.

“Jika benar ada lagi skandal dalam Fela, maka tunjukkan . Janganlah suru kita korek (cari). Nanti korek-korek, kalau tak ada buang masa kita. Kalau betul ada skandal sebut,” katanya.

Pada 12 Disember lalu dalam sidang akhbar tergemparnya Shahrir berkata, bersedia mengambil segala bentuk tindakan bagi mendapatkan semula hak ke atas tanahnya yang dianggarkan bernilai RM270 juta di Jalan Semarak di Kuala Lumpur susulan laporan yang menimbulkan tanda tanya berhubung urusan pindah milik tanah berkenaan oleh media arus perdana Berita Harian.

Shahrir berkata, selain laporan polis yang dibuat pada 12 Disember, tindakan lain yang diambil adalah dengan mendaftarkan kaveat ke atas tanah tersebut, membatalkan surat kuasa wakil penuh (PA) yang dikeluarkan dan mengambil tindakan sivil terhadap pihak yang terbabit.

Beliau berkata, Unit Kawal Selia Jabatan Perdana Menteri akan melantik juruaudit bebas bagi memulakan siasatan dalaman berhubung keseluruhan isu pemilikan tanah kepada pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) itu.

Baca : Tanah Felda Jalan Semarak sebahagian terbongkar 12 lagi masih kontroversi