Malaysia Dateline

Tunggu malam ini, Anwar akan umum senarai timbalan menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai timbalan menteri pada pukul 8.15 malam ini.

Perkara itu dimaklumkan beliau ketika menemui pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru hari ini.

Terlebih dahulu beliau akan bertemu untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini.

“Saya akan hadap Agong petang ini, Insya-Allah 8.15 malam akan umumkan nama timbalan menteri,” katanya.

Anwar dijadual menghadap Agong petang ini, bagi memaklumkan senarai timbalan menteri bakal dilantik menyertai pentadbiran kerajaan diterajuinya.

Ia bagi melengkapkan pentadbiran kerajaan selepas pelantikan 28 anggota Jemaah Menteri yang mengangkat sumpah jawatan masing-masing pada 3 Disember lalu.

Baca juga: Tiga tahun yang sia-sia, setia tunggu teman lelaki masuk minang tapi akhirnya wanita lain yang dibawa jumpa ibu

Baca juga: 3 tahun bercinta, teman lelaki akhirnya bawa wanita lain jumpa ibu