Menunggu kereta Perodua Alza dekat 8 bulan, alangkah malangnya nasib penerima kereta tersebut tidak sampai 2 jam kerta berada di atas jalan raya sudah menerima kecelakaan.
Perodua Alza baharu kini boleh dikatakan sebagai MPV paling laris di Malaysia yang menepati ciri dan fungsi untuk sebuah keluarga besar.
Lihat sahaja dari segi jualan, mereka yang mahu membeli Alza baharu perlu menunggu sekurang-kurangnya selama enam hingga lapan bulan untuk mendapatkannya, terutama bagi varian AV.
Sama seperti dikongsikan oleh pemilik Alza yang terlibat kemalangan itu, Ea Sya, di mana dia telah menunggu selama lapan bulan sebelum mendapatkan Alza tersebut.
Menurut pemiliknya, detik manis yang bertukar tragedi itu berlaku selepas 2 jam kereta tersebut diambil dari pengedar telah menerima kecelakaan.
Semasa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Alza tersebut telah dilanggar dari belakang, di mana ia telah mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian depan dan belakang.
Pastinya kejadian yang tidak diingini itu merupakan perkara terakhir yang terlintas di fikiran untuk berlaku, terutamanya apabila keterujaan menunggu selama 8 bulan berakhir dengan tragedi.
Baca juga:Selepas viral Akka nasi lemak akui dirinya mendapat kecaman, hinaan dan gangguan