Malaysia Dateline

Tunjuk keletah si cilik batuk panggil abang bomba tapi kena ‘sekolah’ pasal tali pinggang keledar

Gara-gara nak tunjuk keletah si cilik batuk pun panggil abang bomba, keluarga terutama ibu kepada seorang kanak-kanak comel kena ‘sekolah’ pasal tali pinggang keledar.

Orang ramai mengingatkan ibu atau kakak budak perempuan berkenaan yang merakam video itu supaya mengutamakan keselamatan.

“Adik ni sepatutnya duduk dan dipakaikan tali pinggang keledar. Lebih-lebih lagi semasa kereta sedang bergerak.

“Malang tidak berbau. Sekiranya terpaksa brek kecemasan, agaknya apa akan terjadi?” kata pengguna Facebook, Shaharom Norida Merican.

Menerusi klip video yang tersebar di media sosial, seorang kanak-kanak perempuan dilihat batuk sambil beberapa kali memanggil “Amomba… amomba” (“Bomba… bomba”).

Namun, apa yang ‘mengejutkan’ penonton, budak itu sedang berdiri tanpa dipakaikan tali pinggang keledar dengan keadaan kereta dinaikinya sedang bergerak.

“Kalau kamu emergency brake, nanti panggil abang ambulans. Ibu yang tidak bertanggungjawab!

“Tak pakai seatbelt, nanti kalau brek mengejut, tercampak, anak cedera. Barulah betul bomba datang nanti.

“Keselamatan harus diutamakan walaupun mak buat content,” demikian antara nasihat dan kecaman netizen.

Baca juga ‘Umpan PRU-15’: Karikatur gaya chef Salt Bae tarik perhatian orang ramai

Baca juga Doa di ‘tanah kebun’, akhlak adik istimewa ini dipuji netizen