Tunjuk perasaan pemandu teksi bukti rakyat dihimpit kos sara hidup

Tunjuk perasaan pemandu teksi bukti rakyat dihimpit kos sara hidup

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tunjuk perasaan pemandu teksi di ibu kota Kuala Lumpur Selasa lalu merupakan isyarat jelas bahawa keperitan hidup rakyat yang dihimpit dengan kos sara hidup dan barang yang tinggi sudah sampai ke kemuncaknya.

Sehubungan itu, satu penyelesaian yang efisyen dan drastik perlu diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu ini kerana pemandu teksi perlu menanggung kos yang tinggi setiap hari dan pendapatan mereka terjejas teruk akibat saingan daripada perkhidmatan teksi Uber dan Grabcar.

“Negara dikejutkan dengan tunjuk perasaan oleh pemandu teksi di Kuala Lumpur kerana tidak berpuas hati dengan kegagalan kerajaan menyelesaikan isu perkhidmatan teksi Uber dan Grabcar.

“Tunjuk perasaan yang diadakan sendiri oleh pemandu teksi tanpa kehadiran atau anjuran mana-mana parti politik atau NGO menunjukkan kemarahan rakyat terhadap kepincangan pentadbiran kerajaan yang gagal menyelesaikan masalah rakyat,” kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.

Sehubungan itu, Pemuda Amanah menawarkan khidmat guaman kepada lima pemandu teksi yang ditahan kerana hak dan kebebasan mereka untuk berhimpun dan menyatakan bantahan dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Penahanan mereka tidak menyelesaikan isu pokok yang menghantui rakyat hari ini. Usah bertindak zalim terhadap rakyat. Kezaliman ini harus dihentikan,” kata Faiz yang juga Pengarah Biro Pengguna & Pekerja Pemuda Amanah Nasional.

TAGS