Tunjukkan adab, Nawawi perlu mohon ampun segera kepada Agong

Tunjukkan adab, Nawawi perlu mohon ampun segera kepada Agong

 

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad tidak perlu berdolak dalik dalam isu merujuk Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai “Malaysian Official 1”.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata tak perlu lagi Nawawi berdolak dalik dengan ‘perangai tiga suku’ dalam isu yang beliau menyerang Yang Di Pertuan Agong dengan melabelkan Agong adalah MO1.

“Dalam media melaporkan yang Nawawi cuba menafikan dengan menyatakan beliau merujuk Malaysian Official No 1 dari sudut perlembagaan dan tidak kepada MO1 dalam dokumen DOJ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mahfuz, ternyata dengan jelas dalam FB Nawawi menyatakan perkataan ‘MO1 ialah Agong’.

“Walaupun dia merujuk pada perlembagaan Persekutuan.

“Ternyata tafsirannya salah sama sekali kerana Yang di Pertuan Agong bukannya Penjawat awam.

“Yang di Pertuan Agong adalah simbolik kuasa eksekutif atau lambang otoriti dan terma kuasa eksekutif merujuk kepada kerajaan yang memerintah (government of the day) yang dilaksanakan oleh PM.

“Yang Di Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja Raja dan terikat dengan nasihat PM dan Jemaah Menteri,” katanya.

Nawawi kata beliau, perlu mohon ampun kepada Tuanku Yang Di Pertuan Agong.

“Tidak perlu beliau menunggu titah Tuanku untuk mohon ampun.

“Tuanku Yang Dipertuan Agong seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa.

“Bukanya tiga suku macam Nawawi.

“Sebagai rakyat Malaysia dan negeri Kedah, jika Nawawi seorang yang beradab beliau perlu mohon ampun kepada Tuanku Agong tanpa tunggu titah Tuanku Agong.

“Beliau dan Umno jangan cuba mengheret Tuanku untuk melindungi jenayah 1MDB yang dilakukan oleh MO1.

“Beliau dan Umno jangan menyembunyikan MO1 di belakang Tuanku Agong,” katanya.

Menurut Mahfuz, Nawawi juga perlu mohon maaf pada rakyat Malaysia.

“Jangan anggap dengan mengatakan kamu tak bersalah dan untuk apa nak minta maaf.

“Kamu sudah menghasut rakyat untuk membenci Tuanku Yang Di Pertuan Agong.

“Kamu Jangan angkuh dan sombong dengan rakyat.

“Kamu dipilih oleh rakyat, jangan biadap dan kurang ajar pada Tuanku Yang Di Pertuan Agong dan rakyat,” katanya.

TAGS