Tunjukkan video seks didakwa mirip menteri pada saya, kata Mahathir

Tunjukkan video seks didakwa mirip menteri pada saya, kata Mahathir

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak tahu mengenai penyebaran video seks sejenis yang didakwa membabitkan individu mirip seorang menteri di bawah kerajaan pimpinannya.

“Saya tak tahu apa pun, saya baru dengar, saya kena baca dulu.

“Kalau awak boleh bagi briefing, (tunjukkan) boleh juga,” katanya yang disusuli gelak tawa beberapa menteri yang turut menghadiri sidang media selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di sini, hari in dieptik FMTi.

 Turut hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub dan Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad, Zeti Akhtar Aziz.

Tiga klip video seks membabitkan seorang lelaki dan individu mirip menteri yang tersebar di WhatsApp awal hari ini.

Turut disebarkan ialah perbualan antara “menteri” itu dengan lelaki yang didakwa pegawai seorang timbalan menteri.

Kejadian itu didakwa berlaku di luar negara berdasarkan suara dalam televisyen dalam rakaman video itu.