Tuntutan palsu Perkeso, dua doktor kerajaan direman

Oleh MAISARAH AISYA

Semakin ramai melakukan pecah amanah hingga ada yang sanggup membuat tuntutan palsu demi wang ringgit.

Terbaru adalah mengenai kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melibatkan jumlah kerugian bernilai RM2.1 juta berlaku sejak 2017.

Sebelum in media melaporkan 30 individu lagi terdiri daripada 19 pemohon tuntutan, lapan ejen serta tiga orang ‘runner’ terlibat dalam kes tersebut.

Menurut sumber pemohon akan menerima 50 peratus daripada jumlah tuntutan manakala baki 50 peratus dibahagi antara doktor, ejen serta runner.

Hari ini, tiga lagi individu iaitu dua doktor dan seorang orang awam akan direman di Mahkamah Majistret Pulau Pinang lapor Kosmo! Online.

Reman tersebut adalah bagi membantu siasatan berhubung kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Perkeso.

Dua pegawai perubatan itu dipercayai dari hospital kerajaan di Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di negeri ini, semalam.

Penahanan tersebut menjadikan jumlah tangkapan setakat ini adalah seramai 36 orang termasuk lima doktor.

Difahamkan, dua daripada doktor itu bertugas di dua buah hospital milik kerajaan, manakala seorang lagi doktor bertugas di sebuah hospital swasta.

Ketiga-tiga mereka bertugas di hospital di kawasan Bukit Mertajam dan Seberang Jaya, dekat sini.

Baca juga: Didikan guru dipuji, ramai kagum lihat murid SJKC nyanyi lagu ‘Negaraku’ beserta rap