Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak tuntutan saman fitnah yang dikemukan oleh Pensyarah politik Dr Kamarul Zaman Yusoff terhadap Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad.
Hakim Tuan Zulqarnain Hassan dalam penghakiman ringkasnya menyatakan bahawa pihak Defendan iaitu Khalid Samad telah berjaya membuktikan pembelaan komen berpatutan (fair comment).
Saman fitnah ini difailkan oleh Kamarulzaman pada 28.7.2020 berhubung penulisan Khalid Samad yang disiarkan portal Malaysiadateline bertajuk ‘Pensyarah Melayu Bodohkan Melayu Ibarat Pegar Makan Padi’.

Penulisan ini dibuat oleh Khalid Samad pada 26.5.2017 dalam memberikan pandangan berhubung kritikan Kamarulzaman terhadap buku YB Hannah Yeoh ‘Becoming Hannah’ melalui rencana bertajuk ‘Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP’.
Justeru, Mahkamah juga memerintahkan Kamarulzaman membayar kos sebanyak RM10,000. Kamarulzaman diwakili peguam Mohd Harris Mohan dan Khalid Samad diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil.