Syarikat pembuat bekas plastik dan produk rumah, Tupperware sedang berdepan dengan masalah kewangan kerana kekurangan tunai.
Baru-baru ini, Tupperware telah mengalami kejatuhan saham menjunam yang paling rendah dalam tempoh tiga tahun.
Mencatat penurunan sebanyak 49 peratus, ini adalah punca mengapa syarikat yang terkenal di seluruh dunia termasuk Malaysia itu bakal runtuh.
Menurut syarikat tersebut, tenaga kerja yang menjalankan direct selling atau jualan secara langsung telah menurun sebanyak 18 peratus.
Pengarah Urusan Pengedaran di syarikat perunding, Global Data, Neil Saunders berkata, Tupperware gagal mengikut pekembangan semasa.
Baik dari segi produk atau pengedaran, syarikat tersebut dilihat masih berada di takuk lama dan gagal memperbaiki imej jenama.
Reka bentuk yang tidak berinovatif dan bergaya berbanding syarikat pembuat plastik lain juga menjadi penyumbang utama kepada kegagalan itu.
Memburukkan keadaan, pelanggan muda yang mempunyai kesedaran kepada produk ‘mesra alam’ juga tidak membantu dalam meningkatkan jualan.
Saunders juga beranggapan pelanggan kini boleh membeli bekas plastik yang lebih murah dan cantik menerusi saluran atas talian.
Baca juga: Farid risau isterinya akan dilaknat, minta bertaubat sebelum terlambat