Turki benarkan polis wanita pakai hijab masa bertugas

Turki benarkan polis wanita pakai hijab masa bertugas

Turki semalam membuat keputusan membenarkan anggota polis wanita yang bertugas memakai tudung kepala menurut kehendak Islam.

Kebenaran ini termaktub dalam pindaan tata cara berpakaian (dress code) yang digazetkan secara rasmi Sabtu, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.

Pindaan berkenaan menyatakan wanita yang bertugas dalam pasukan polis dibolehkan memakai tudung dibawah topi dan beret mulai hari Sabtu lalu dengan syarat tudung digunakan tiada hiasan dan sama warna dengan pakaian seragam pasukan.

Sejak Parti Pembangunan dan Keadilan (AK) yang pro Islam mentadbir Turki pelbagai usaha dibuat untuk menarik balik larangan pemakaian tudung dalam pelbagai sektor yang dimaktubkan dalam perlembagaan Turki sekian lama.