Turki tahan kakak pemimpin Daesh Abu Bakr al-Baghdadi

Turki tahan kakak pemimpin Daesh Abu Bakr al-Baghdadi

Pihak berkuasa Turki menahan kakak kepada Abu Bakr al-Baghdadi di utara Syria, lapor agensi berita Sputnik memetik laporan media tempatan.

Menurut akhbar The New York Times, Rasmiya, 65, ditahan bersama dengan keluarganya pada Isnin petang di kota Azaz di wilayah Aleppo, utara Syria.

Dengan penahanan itu pihak berkuasa yakin beberapa maklumat penting akan diperoleh. Rasmiya didakwa turut mempunyai kaitan dengan pertubuhan pengganas.

Minggu lalu, Presiden Donald Trump mengumumkan Baghdadi terbunuh di Syria dalam operasi khas oleh tentera AS.

Beliau berkata, Baghdadi selama ini berada di bawah pengawasan Pentagon.

Kemudian, Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia Igor Konashenkov dilaporkan berkata Rusia tidak mempunyai maklumat sahih mengenai operasi tentera AS untuk “menghapuskan” Baghdadi.– BERNAMA