Turki umum penutupan organisasi media negara itu

Turki umum penutupan organisasi media negara itu

Turki mengumumkan penutupan berpuluh-puluh organisasi media di negara itu merupakan tindakan keras selepas insiden cubaan rampasan kuasa di Turki pada 15 Julai lalu seperti dilapor BBC.

Pihak berkuasa negara itu berkata, penutupan itu melibatkan tiga agensi berita, 16 rangkaian televisyen, 45 akhbar dan 15 majalah.

Dalam perkembangan lain, kira-kira 1,700 anggota tentera yang ditahan telah dibebaskan.

Insiden cubaan rampasan kuasa di Turki yang didakwa didalangi oleh Fethullah Gulen telah mengorbankan 246 orang manakala 2,000 lagi dilaporkan cedera.

Semalam, pihak berkuasa telah mengarahkan penahanan 47 wartawan – hanya beberapa hari selepas waran yang sama telah dikeluarkan untuk 42 wartawan.

Mereka dalam senarai baharu itu kebanyakannya dari akhbar Zaman.

TAGS