Malaysia Dateline

Turunkan berat badan di bulan Ramadan, ini tips bersahur wajib anda amal

Tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam akan berpuasa wajib. Ada yang dalam masa sama berazam untuk turunkan berat badan di bulan Ramadan. Namun, tahukah anda azam itu boleh dicapai dengan mengamalkan gayahidp

Apa kata anda mengamalkan tips bersahur untuk kekal atau turunkan berat badan di bulan Ramadan yang dikongsikan Mohd Shahfazreen ini:

Tips bersahur untuk kekal atau turunkan berat badan di bulan Ramadan:

1. Makan sahur sekurang-kurangnya 500 kalori atau 1/3 dari keperluan kalori diri sendiri.

2. Sebaik-baiknya makan karbohidrat kompleks untuk tenaga dan kenyang lebih lama.

3. Sumber protein seperti ayam, ikan, daging, telur, cheese dan lain-lain beri tenaga berpanjangan.

4. Sediakan bahan masakan atau makanan sebelum tidur. Bangun nanti tidak kalut.

5. Masuk tidur lebih awal agar mudah bangun sahur dan elak makan waktu tengah malam.

6. Mula awal dan lewatkan habis sahur. Dapat makan dengan cukup dan tidak pedih ulu hati.

7. Minum air kosong secukupnya. 3 hingga 4 gelas cukup dah. Cabaran puasa lebih pada dahaga.

8. Kurangkan kuantiti minuman berkafein. Ia bersifat dieuretik. Cepat singkir air dari badan.

9. Elak makanan masin dan tinggi sodium. Ia cepatkan dehidrasi dan mudah rasa haus.

10. Elak makanan segera dan dessert yang manis. Paras gula dan insulin jadi tinggi punca cepat lapar.

Tambahan:

  • Oats, beras perang, roti gandum dan sumber wholegrain lain karbo kompleks baik.
  • Jika makan nasi berlauk, ambil sayur sekali.
  • Rancang awal nak makan apa untuk sahur lebih mudah. Dapat tentukan kalori sekali.
  • Cukup makan dan minum waktu sahur, jadi mudah nak kawal nafsu makan.
  • Tidak terlalu lapar, makan itu ini dan terlajak kalori setiap kali waktu berbuka nanti.