Pastinya mereka yang bercerai secara baik cuba sedaya mungkin untuk tidak memberi impak negatif kepada anak-anak.
Ada pasangan yang bercerai tapi anak jadi mangsa keadaan tapi sebolehnya anak itu haruslah dijaga meskipun sudah berpisah.
Tiada angin tiada ribut, penceraian pelakon Emma Maembing dan bekas suami Muhammad Shazli Azhar mendapat perhatian ramai.
Meskipun sudah bercerai, Emma masih berkomunikasi dengan bekas suami dan menolak dakwaan kehadiran pihak ketiga ldan hubungan dengan anak masih baik lapor Kosmo.
“Kalau fasal peribadi memang saya takkan cerita apa-apa. Saya takkan kongsi kepada umum.
“Tiada, semuanya tiada (dakwaan berpisah disebabkan orang ketiga). Kehidupan setakat ini okey. Alhamdulillah, tiada perbezaan sangat pun.
“Anak-anak tiada masalah dan hubungan dengan bekas suami pun tiada konflik. Kami berpisah dengan cara baik, tidak bergaduh dan kedua-duanya saling menerima.
“Kami sudah usaha untuk baiki hubungan tetapi jika sudah sampai hanya di situ jodohnya, terima dengan reda,” katanya seperti dipetik Kosmo.
Pada masa sama Emma sebolehnya tidak mahu baca komen negatif demi menjaga kesihatan mentalnya.
“Tiada masa nak fikir tentang label ‘janda hot’ atau tidak. Kalau nampak nama muncul dalam media sosial, saya langkau supaya tak beri kesan kepada kesihatan mental.
“Saya elak baca komen negatif selain sedar dalam dunia ini tak semua orang suka kita.
“Jadi, tiada guna nak cakap lebih. Sudah tentu bagi yang berkahwin kita mahu penamat membahagiakan dan tiada sesiapa mahukan pergaduhan atau perpisahan,” ujarnya.
Baca juga: Qistina Raisah bersyukur baru umur 16 tahun dah beli kereta Toyota Yaris guna duit sendiri