Tutup Pasaraya Giant: Realiti ekonomi negara tenat

Tutup Pasaraya Giant: Realiti ekonomi  negara tenat

Laporan berita yang menyatakan bahawa Pasaraya Giant akan menutup lima lagi pasaraya di sekitar Malaysia membuktikan sekali lagi bahawa ekonomi Malaysia bukanlah seindah yang digambarkan oleh Najib dan Kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Ketuaa Pemuda Pakatan Harapan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, dengan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan sebagainya tidak memberi sebarang makna sekiranya perniagaan dan rakyat terus tertekan dengan keadaan ekonomi yang kian meruncing akibat kegagalan pentadbiran Kerajaan.

“Pengenalan cukai GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) yang tidak teratur dan kejatuhan nilai ringgit sehingga mengakibatkan kenaikan harga barang jelas memberi kesan kepada peniaga dan juga pembeli yang semakin berkurangan kuasa membeli.

“Apa akan jadi kepada pekerja Pasaraya Giant, dan ribuan pekerja perniagaan lain yang terlibat dengan mereka?,” ujarnya.

Ketua Angkatan Muda PKR ini berkata isu penutupa pasaraya itu hanyalah sebahagian daripada krisis yang melanda sektor runcit negara.

Bagaimanapun ujarnya lagi, banyak kedai-kedai kecil dan sederhana serta pembekal-pembekal menjadi mangsa namun dalam pembentangan Bajet 2018 oleh perdana menteri, Jumaat lalu sedikit pun tidak menyentuh mengenai nasib pekerja-pekerja yang hilang pekerjaan di sebabkan dasar kerajaan BN yang selamas ini ujarnya, gagal membela rakyat.

“Ketidaktentuan masa depan mereka adalah akibat dasar Kerajaan BN yang gagal membela rakyat.

“Pengumuman bajet oleh Perdana Menteri tempoh hari langsung tidak menyentuh isu-isu genting seperti ini atau memberi solusi kepada masalah rakyat, malah hanya berperanan menjanjikan gula-gula sempena pilihanraya.

“Najib dan BN tidak mampu memulihkan ekonomi negara sendiri, tetapi ada hati pula hendak membantu mengukuhkan ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat,” ujarya.

Lima pasaraya Giant yang terlibat adalah Giant cawangan Sri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu dan Selayang Lama.