TV3 pohon maaf kepada Khalid Samad

TV3 pohon maaf kepada Khalid Samad

TV3 memohon maaf kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad ekoran laporan tidak tepat mengenai Pedesterian Walk di Jalan Tuanku Abdul melalui Buletin Utama TV3 malam tadi.

Dalam satu kenyataan dua perenggan yang bertajuk PERMOHONAN MAAF yang dikeluarkan melalui facebooknya, TV3 turut menyiarkan bantahan Khalid terhadap laporannya.

Menurut kenyataan bertajuk “PERMOHONAN MAAF”, TV3 berkata, laporan Buletin Utama pada 19 Februari 2019 yang menyatakan keputusan menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara ditarik balik adalah tidak tepat.

“Kami memohon maaf atas kekeliruan tersebut,” kata TV3.

Petang semalam, Khalid turun ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk meninjau cadangan pelaksanaan Pedestrian Walk di sana.

Dalam sidang media selepas itu, Khalid berkata, pihaknya sedang mengkaji kaedah pelaksanaan pedestrian walk di jalan Tuanku Abdul Rahman yang akan dilaksanakan pada 15 Mac nanti.