‘TV3 suku nak kira pun tak boleh’

‘TV3 suku nak kira pun tak boleh’

Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad menganggap media dikuasai kerajaan Umno-BN tidak melaporkan situasi sebenar program Pakatan Harapan yang dihadiri puluhan ribu rakyat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Rapat Umum Pakatan Harapan di Alor Setar malam tadi boleh mencecah kehadiran peserta sehingga tiga kali ganda daripada laporan Cawangan Khas (SB).

“Saya diberitahu laporan SB semalam kehadiran seramai 10,000.

“Kalau SB beritahu 10,000, kita boleh kali (darab) dua atau tiga.

“Laporan daripada TV3 suku , tentulah malam semalam perhimpunan berjumlah 200 orang.

“Sebab dia tak mampu bilang lebih 200 orang.

“Inilah media utama di Malaysia ini. Nak kira pun tak boleh,” ujar Pengerusi Pakatan Harapan itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Nasional 2017 Parti Amanah Negara (AMANAH) di Alor Setar pagi ini.

Semalam, lokasi Dataran Stargate di ibu negeri Jelapang Padi itu dilimpahi kehadiran ribuan orang awam sempena Rapat Umum Selamatkan Malaysia dan Kenduri Rakyat.

Sementara itu, difahamkan terdapat 898 perwakilan hadir dalam persidangan tahunan AMANAH kali kedua menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.

CATEGORIES