Hasil dari maklumat orang awam, sekumpulan remaja di Kedah yang dikenali dengan nama Geng Moto Binjal akhirnya ditahan pihak polis selepas dipercayai sering membuat bising menggunakan motosikal yang diubah suai sehingga mengganggu ketenteraman penduduk.
Geng Moto Binjal terdiri dari 14 remaja lelaki di mana kesemua mereka berjaya dicekup dalam operasi kira-kira jam 5 petang semalam.
Operasi semalam melibatkan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu diketuai Asisten Superintenden Mohd. Juhaisam Jusoh.
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, kesemua remaja ini dipercayai melakukan pelbagai kesalahan trafik.
Kesemua mereka kemudian dibawa ke IPD Kubang Pasu
“Antara kesalahan yang dikesan adalah mengeluarkan ekzos bising motosikal dengan membuat bising dalam kawasan kampung, tiada nombor pendaftaran, nombor pendaftaran ‘fancy’ serta tiada lesen serta cukai jalan.
“Kesemua remaja yang dibawa ke IPD Kubang Pasu berusia antara 13 hingga 18 tahun,” katanya kepada pemberita semalam.
Rodzi berkata, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.
Dalam pada itu katanya, 10 buah motosikal disita dan 69 saman dikeluarkan kerana terbabit dengan pelbagai kesalahan.
Baca juga: Anak muda jatuh bankrap kerana mengejar gaya hidup mewah di sosial media – Pakar ekonomi
Baca juga: Akibat terlalu banyak tengok TV, kanak-kanak ini ‘dihukum’ tonton TV sepanjang malam