Penyanyi, Shila Amzah sebelum ini mendakwa pernah dilempang oleh adik lelakinya sendiri, Amir Shafiq dalam sesi siaran langsung di akaun Instagram miliknya.
Namun Shila baru-baru ini menerusi satu hantaran di Instagram ‘story’ mengaku bahawa dirinya tidak lagi mempunyai perasaan takut terhadap adik lelakinya.
Malah, wanita berusia 33 tahun itu memaklumkan dirinya kini sudah lebih berani untuk bersemuka dengan pemilik nama sebenar Amir Shafiq Amzah itu.
“Kau (Shafiq) ingat aku takut ke kau nak sepak muka aku lagi? Mehlah kalau betul kau anak jantan sulung macam kau claim, bak datang aku tunggu,” katanya.
Suami kepada Shila Amzah yang juga selebriti media sosial dikenali sebagai Ubai MZ turut tampil memberi amaran kepada Shafiq agar tidak menyentuh isterinya lagi.
Berjaya menyita perhatian ramai, Ubai memberikan amaran tersebut menerusi satu hantaran tular yang dimuat naik di akaun media sosial X (Twitter) miliknya.
“Kau jangan cuba-cuba lempang isteri aku lagi, aku TikTokers terhebat,” tulis Ubai menerusi ciapan yang berjaya meraih tontonan sebanyak 1.9 juta daripada pelayar X.
Sementara itu, bekas adik ipar Shila yang juga bekas isteri kepada Shafiq Amir Amzah turut membuat pengakuan bahawa dirinya pernah menjadi mangsa lelaki itu.
Dedahnya, Shafiq Amir Amzah juga culas dalam membayar nafkah kepada anak melalui bekas isterinya yang dikenali sebagai Nurul Anis Waheeda Mohd Mokhlis itu.
“Kau anak lelaki sulung. Patutnya kau ambil tanggungjawab ketua keluarga. Tetapi macam mana nak sara keluarga kalau kau pun tiada pekerjaan.
“Mengharapkan duit betina sahaja, hutang sana sini. Dengan anak pun nafkah kau culas. Menggigil sahaja aku ini nak hempuk muka kau. Ajak jumpa pun kau kecut!
“Kau memang teruk. Orang tak tahu kau beduk kakak, adik dan mak kau. Kau beduk aku dan perempuan lain. Orang nampak salah kakak kau sebab dia itu dikenali.” Ujarnya.
Pendedahan tersebut dibuat oleh Anis Waheeda di ruangan komen artikel yang ditulis mengenai Syafiq di laman Instagram milik portal berita hiburan di atas talian.
Menurut Anis, Syafiq Amir Amzah hanya berlakon seperti mangsa dan lelaki itu juga pernah meminjam wang daripada wanita lain dengan alasan membayar nafkah.
Namun, duit yang dipinjam Syafiq itu tidak pernah ‘sampai’ atau diserahkan kepada bekas isterinya itu mahupun anak kandungnya sendiri.
Baca juga: Konflik adik beradik berterusan, perkongsian ibu Shila Amzah di Instagram pula undang tanda tanya