Malaysia Dateline

Ucapan Bajet 2022: Keluarga Malaysia atau Keluarga 69

1. Kerajaan yang ada sekarang,yang juga dikenali di luar sana sebagai “Gomen Tebuk Atap Gagal 2.0” telah memilih untuk membentangkan Bajet 2022 melalui kaedah
Bajet Mengembang (Expansionary Budget) di mana Kerajaan telah meminta Dewan Yang Mulia ini untuk meluluskan penggunaan wang dari Kumpulan Wang Yang Disatukan (Consolidated Fund) berjumlah RM 322.1 bilion.

Walaupun di sana wujudnya dua aliran pemikiran mengenai pro dan cons tentag bajet mengembang ini, saya rasa, untuk berlaku adil kepada Kerajaan yang tiada mandat rakyat ini, tidak sedikit juga para pakar ekonomi yang berpendapat jika sesebuah negara itu sedang dalan proses keluar dari sesuatu krisis atau kemelesetan ekonomi, adalah lebih baik dan prudent negara itu memperkenalkan sebuah bajet yang bersifat bajet mengembang melalui polisi fiskalnya yang sudah tentu bersifat prudent.

2. Bagi sebahagian pakar ekonomi, polisi bajet sebegitu adalah lebih baik bagi merangsang dan menggiatkan lagi aktiviti2 ekonomi (to stimulate and jumpstart) melalui perbelanjaan Kerajaan @ government spending.

2. To be fair, ini juga yang pernah dilakukan oleh Kerajaan Amerika di era Presiden Obama pada tahun 2009 di mana beliau memperkenalkan sebuah Akta yang dikenali sebagai “America Recovery and Reinvestment Act (ARRA) 2009 yang juga dikenali sebagai “Stimulus Act” bagi merancakkan lagi ekonomi negara itu semula selepas berlakunya “economic recession” pada sekitar tahun 2007/2008.

Pada masa itu, Kongres Amerika meluluskan perbelanjaan Kerajaan sebanyak $US787 bilion melalui pelbagai inisiatif ekonomi seperti tax relief, perbelajaan prasarana, penjagaan kesihatan dll.

3. Apa bezanya Kerajaan Obama dengan Kerajaan TS Muhyidin Yasin dan Kerajaan DS Ismail Sabri?.

Jawapannya mudah iaitu mandat rakyat. Di sana, mereka dapat dan amat hormat kpd mandat rakyat.

Di sini pula, Kerajaan yang sebelum ini dan Kerajaan yang ada sekarang TIDAK ADA hatta sekecil zarrah sebarang MANDAT RAKYAT dan hanya berjaya menjadi Kerajaan setelah KHIANAT mandat rakyat melalui fenomena Tebuk Atap yang didahului oleh Langkah Sheraton.

4. Dari segi sejarah, perkataan bajet itu sendiri dikatakan diambil dari bahasa Perancis yang bermaksud “a little bag!”.

Ibaratnya apabila sebuah kerajaan itu membentangkan bajet, ia sedang mengeluarkan sebuah dokumen dari sebuah beg yang kecil bagi memberitahu kepada rakyat apa yang kerajaan itu ingin lakukan terhadap wang negara bagi tahun kewangan (financial/fiscal year) yang akan datang.

5. Berbahagialah rakyat dan negara jika yang membentangkan bajet itu adalah sebuah Kerajaan yang beramanah, tidak korup dan penuh sedar mereka hakikatnya sedang menguruskan wang negara @ wang rakyat dan bukannnya wang mak-bapak mereka.

Celakalah pula jika pihak yang membentangkan bajet itu adalah sebuah Kerajaan, yang dari segi tahap akauntabiliti dan amanah mereka amat-amat rendah dan cenderung mempunyai mentaliti mengurus dan berbelanja wang negara @ rakyat macam mereka sedang berbelanja mengunakan wang mak bapak mereka sendiri!

6. Semasa membentang bajet 2022 ini YB Menteri Kewangan Gomen Tebuk Atap ini berbangga menyatakan bahawa bajet ini adalah sebahagian daripada pelan pemulihan ekonomi 6R iaitu Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalize dan Reform.

Saya ingin menambah satu R lagi iaitu Rhetoric

7. Hakikat pahit yang kerajaan ini harus terima adalah ucapan bajet ini juga tidak sunyi dari kenyataan-kenyataan yang berbau dan berunsur retorik.

Bau asam pedas Melaka yang semerbak boleh dihidu dari pembentangan bajet retorik ini.

8. Walaupun frasa “kesejahteraan rakyat” sering dilagukan di dalam ucapan bajet ini, namun elemen retorik basinya mengakibatkan irama lagu itu amat sumbang dan begitu memualkan.

9. Bagaimanakah Kerajaan yang membentangkan bajet retorik ini tidak ada rasa malu dan masih boleh melaungkan kalimah “kesejahteraan rakyat” sedangkan di tangan-tangan mereka masih berlumuran “darah” rakyat .

Berapa ramai rakyat yang memilih untuk membunuh diri di era kerajaan tanpa mandat ini menerajui negara?

Berapa ramai pula yang menjadi mangsa kepada perlaksaanaan “sistem dua darjat” dalam penegakkan hukum?

Berapa ramai rakyat khususnya, golongan muda yang baru sahaja menghabiskan zaman belajar mereka yang bukan sahaja dibebankan dengan terpaksa membayar balik wang pinjaman belajar melalui PTPTN tetapi juga dihukum tidak boleh keluar negara kerana bebanan hutang PTPTN itu?

9. Sedangkan seorang yang telah ditolak oleh rakyat pada 9/5/2018 kerana merosakkan serosak-rosaknya ekonomi negara ini dan memaksa kita semua untuk membayar hutang makhluk/monster perosak yg bernama 1MDB yang beliau ciptanya.

Berapa jumlah hutang nya? 32 bilion setakat akhir Jun 2021.

Berapa jumlah yang dah dibayar hutang tersebut? RM 12.8 bilion.

Guna wang siapa? Wang kita semua!

Berapa yang Kerajaan kena bayar hanya untuk bunga atau interestnya sahaja? RM7.1 bilion

Macam mana hutang itu dibayar? Jawabnya menggunakan antaranya wang dari Tabung Amanah Negara.

Dilaporkan Wang Tabung Amanah kini hanya tinggal RM15.2 bilion. Hutang 1MDB lebih banyak iaitu RM32 bilion.

Kerajaan kena meminjam lagi. Maknanya hutang lagi?

Buat hutang baru untuk membayar hutang lama.

10.Jika rakyat yang dibebani hutang PTPTN dilarang ke luar negara, pemimpin yang meletakkan kita semua untuk perlu membayar hutang melalui 1MDB berbilion ringgit kini bebas untuk ke luar negara dan berkempen sakan di Melaka.

Mereka yang ada maruah dan integriti sudah tentu akan rasa malu untuk hatta keluar rumah bila dipalitkan dengan skandal mega seperti 1MDB, tetapi ada manusia dalam negara ini insan yang tidak tahu malu masih dibenarkan berkeliaran di sini-sana dengan driver, bodyguard, kereta pengiring.

Ini kita tak tahu nak cakap apa lagi?

Rasulullah saw bersabda :-

اذا لم تستح فاصنع ما شءت

“Jika anda tidak ada rasa malu buatlah apa sahaja yang anda inginkan!”

11. Saya keliru “kesejahteran rakyat” apa yang Kerajaan ini laungkan apabila Kerajaan itu sendiri secara rasmi mendedahkan semasa negara sedang dilanda pandemik dan diisytiharkan darurat, ia juga masih tidak ada rasa bersalah meluluskan RM38 juta untuk membaikit mahligai mewah kediaman rasmi Perdana Menteri.

Tiga buah dewan di Pagoh bernilai RM 35.4 juta juga diluluskan pada waktu itu.

Sedangkan rakyat “struggle” untuk membayar sewa rumah atau membayar balik pinjaman rumah.

12. Saya biasa mendapat aduan sebegitu rupa dari rakyat saya di Sepang.

13. Kerajaan ini juga berbangga mencanangkan slogan “Keluarga Malaysia!”.

14. Bagi saya, bila kita melihat apa yang berlaku di dalam PRN Melaka sekarang ini, mungkin lebih tepat Kerajaan ini memilih slogan “Keluarga 69” iaitu manifestasi sebuah keluarga yang habis bercelaru dan berantakan.

YB Sepang.
10/11/2021.