Ucapan Hari Raya Aidilfitri

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Wa Lillahil Hamd

1.Aidilfitri datang lagi selepas sebulan kita berpuasa mengharungi cabaran dan ujian untuk melawan musuh kehidupan kita iaitu hawa nafsu.     *Ramadzan membentuk umat islam menjadi lebih kuat ketahanan diri dan melahirkan sifat keberanian untuk satu pertarungan menjadikan kita pemenang*.Alhamdulillah kita telah berjaya dalam peperangan berhadapan dengan hawa nafsu yang cuba untuk menakluki kehidupan.Kita berjaya untuk berjimat,tidak boros,tidak membazir dan tidak menyeleweng dari tujuan puasa.

2. Ketahuilah sesungguhnya *Kehidupan selepas Ramadzan lebih sukar dari kelaparan dan kehausan semasa kita mengerjakan Ibadah puasa Ramadzan* walaupun sepanjang hari selepas berlalunya Ramadzan ini kita boleh makan dan minum semahunya. *kesukaran selepas Ramadzan dibebani berterusan dengan kos kehidupan yang meningkat, subsidi yang dihapuskan,GST,Harga minyak meningkat,gas akan dinaikan begitu juga dengan beban tol,tambang pengangkutan awam dan sebagainya menjadikan pendapatan boleh guna kita makin mengecil*.Ditambah dengan amalan rasuah dan penyelewengan serta salah guna kuasa yang berlaku dalam pemerentahan negara menjadikan rakyat menanggung beban bertimpa.

3.Saya percaya Walaupun Ramadzan  berlalu pergi tetapi semangat dari pencapaian kita di Ramadzan kekal untuk perjalanan kehidupan yang lebih sukar dan panjang.Selepas kita menunaikan tanggungjawab ibadah Ramadzan *Umat Islam dan seluruh rakyat perlu bangkit menunaikan tanggungjawab ibadah sebagai warganegara untuk menyelamatkan Malaysia dari malapetaka politik dan ekonomi akibat daripada krisis politik pemimpin yang mementingkan diri daripada negara dan rakyat*.

4.Pemimpin yang insaf dan jujur serta rakyat yang bertanggungjawab dan ikhlas untuk generasi akan datang perlu bersama kembalikan Malaysia pada landasan yang betul. *Jangan biarkan Kejahatan Mengadili Kebaikan,Jangan Biarkan Kepalsuan Mengadili Kebenaran dan Jangan Biarkan Nasi Menjadi Bubur*. Seluruh rakyat mesti bersatu padu *menghindari terperangkap dalam permusuhan kaum sebaliknya marilah kita bersama dalam suatu bahtera penyelamat demi Malaysia tercinta*.

5.Saya mengambil kesempatan dihari baik bulan baik ini untuk mengucapkan kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia *Selamat Hari Raya Aidilfitri mohon Maaf Zahir Batin*. Di Kesempatan ini *Saya dan rakyat seluruhnya mendoakan moga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada dibalik jeriji besi penjara Sg Buluh diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus Istiqamah dengan perjuangan menentang kezaliman dan ketidakadilan penjahat yang mencengkam pemerentahan negara*.Kita doakan kesihatan beliau segera sembuh. *kita rakamkan dukacita dan sedih Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak diberikan ruang dan peluang rawatan yang secukup dan sepatutnya*.

6.Kepada keluarga Datuk Seri Anwar moga *terus bersabar dan tabah mengharungi saat yang sangat pedih.Pengorbanan anda terlalu besar untuk rakyat dan demi Malaysia tercinta*.

7.Semoga dengan kegembiraan kita semua bersama keluarga di Aidilfitri ini adalah *sinar kegembiraan untuk generasi yang akan datang dengan kita bersama Selamatkan Malaysia*.

#SalamAidilFitri #MaafZahirBatin #SelamatkanMalaysia

* Penulis adalah Ahli Parlimen Pokok Sena.

COMMENTS

Wordpress (0)