Ucapan MP Shah Alam semasa pembentangan RUU Akta  355

Ucapan MP Shah Alam semasa pembentangan RUU Akta 355

Ucapan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pada sidang Dewan Rakyat, semalam sewaktu usul persendirian Akta 355 dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang:

Sefaham saya, private member’s bill ini, usul peribadi ini, telah dijadikan satu perkara yang diutamakan untuk perbahasan kita pada hari ini.

Dan ianya adalah hasil daripada persetujuan pihak kerajaan sendiri untuk mengangkatnya daripada item ke-15 menjadi item yang lebih ke depan supaya ianya berbahas.

Dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah bersedia untuk menilai private member’s bill untuk diutamakan untuk perbahasan, tetapi… (Dicelah oleh Speaker).

Saya tidak sebut tentang alasan politik, malahan saya menyokong apa yang Tan Sri putuskan, bahawa apabila kerajaan telah memutuskan ianya perlu didahulukan maka itu hak kerajaan.

Hanya yang saya ingin mendapat penjelasan, sama ada daripada Tan Sri ataupun daripada pihak kerajaan, ialah parameter-parameter yang diambil kira.

Pasal ini merupakan satu precedent dalam amalan Parlimen di mana usul peribadi itu diberikan keutamaan daripada hal-hal yang lain. So kalau boleh, dalam keadaan ianya dikemukakan hanya semalam baru kita nampak, lepas tu terus, ataupun pagi tadi, lepas tu terus diutamakan, kita nak tahu supaya kita lain kali bila kita ada usul peribadi kita pun boleh ikut.

Apa pertimbangan kerajaan, macam mana yang difikirkan, adakah oleh kerana pilihan raya kecil nak ada di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ataupun sebagainya.

Apa pertimbangan-pertimbangan yang perlu kita memahami supaya private member’s bill itu boleh diutamakan daripada urusan-urusan yang lain… (Dijawab oleh Speaker) Penjelasan yang saya minta khususnya adalah daripada pihak kerajaan kerana kalau kerajaan sendiri tidak mengutamakannya sudah pasti Tan Sri tidak perlu membuat keputusan itu.

Jadi apa yang kita nak tahu ialah apakah pertimbangan kerajaan untuk mengutamakan private member’s bill ini mengatasi semua urusan kerajaan yang lain supaya kami boleh buat lain kali kalau kita tahu macam mana dia punya pertimbangan dia… (Dijawab oleh Ahli Parlimen Kota Bharu).

Saya nak betulkan Kota Bharu, saya tak kata ini perkara baru yang perlukan pertimbangan, saya minta kerajaan menjelaskan atas pertimbangan apa supaya lain kali kalau saya nak buat usul peribadi saya juga boleh menggunakan panduan yang diberikan oleh kerajaan supaya usul peribadi saya pun boleh diberikan keutamaan.

Saya tak pertikaikan soal hak kerajaan untuk membawanya ke atas, tu memang betul, hak, sebab apa yang Tan Sri putuskan memang sefaham sayalah memang ikut prosedur.

Tapi yang saya nak tahu dan nak faham ialah, ini kali pertama private member’s bill diberikan keutamaan, kerajaan angkat, diutamakan, so what were the considerations, sebab saya nak belajar, saya nak belajar.

CATEGORIES