UEC: Antara Mitos dan Fakta*

UEC: Antara Mitos dan Fakta*

Mitos 1: Pengiktirafan UEC akan menyebabkan pelajar boleh masuk unversiti dan menyertai perkhidmatan awam tanpa perlu mengambil peperiksaan SPM.

Faktanya: Pengiktirafan UEC adalah disertakan dengan *syarat mesti mendapat kredit dalam subjek Bahasa Malaysia dalam SPM*. Jadi, tidak timbul isu pemegang sijil UEC tidak perlu mengambil peperiksaan SPM.

Mitos 2: Pengiktirafan UEC adalah tanda Pakatan Harapan tunduk dengan tekanan DAP

Faktanya: Pentadbiran kerajaan BN sebelum ini juga sebenarnya sudah mula memberi pengiktirafan terhadap UEC. Sejak tahun 2010, Institut Pendidikan Guru yang beroperasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sudah mula mengambil lulusan persijilan UEC untuk kemasukan guru yang nengajar Bahasa Mandarin.

Malah, sejak tahun 2016 juga pihak MQA (rujuk laman webhttp://www.mqa.gov.my/portalmqav3/document/tahapPengajian/Syarat%20Kelayakan%20Masuk%20Umum.pdf) sudah mula mengiktiraf UEC untuk syarat kelayakan memasuki institusi pengajian tinggi.

Mitos 3: Pengiktirafan UEC akan menyebabkan kedudukan orang Melayu akan terancam di institusi pengajian tinggi dan sektor awam

Fakta: Ancaman besar terhadap masa depan orang Melayu ialah apabila kita tidak lagi mampu bersaing dalam dunia yang terbuka dan kompetitif, bukan disebabkan UEC. Pengiktirafan UEC secara bersyarat dan terancang bakal membangunkan daya saing orang-orang Melayu untuk menjadi lebih kompetitif dan berdaya maju.

*Penulis  Jazmzuri Ardani adalah Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor.

CATEGORIES