UEC diiktiraf ikuti manifesto PH, tiada pusingan U, kata Maszlee

UEC diiktiraf ikuti manifesto PH, tiada pusingan U, kata Maszlee

Kementerian Pendidikan akan melaksanakan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya tidak akan melakukan pusingan U atau flip-flop terhadap manifesto yang dijanjikan.

“Kita tidak bercanggah kerana kita bersetuju berhubung manifesto berkenaan.

“Apa yang kita lakukan ialah kita akan memastikan apa saja polisi yang dibuat dan keputusan diambil, tidak ada pusingan U atau flip-flop dan ia mesti holistik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan  hari ini.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik menegaskan, pihaknya tidak akan membuat ‘pusingan u’ atau dilihat flip-flop dalam perkara itu.

“Sehubungan itu, saya tidak rasa ada sebarang percanggahan antara kita dalam perkara ini.

“Yang bercanggah hanya antara pihak Barisan Nasional (BN). Umno kata lain, (Datuk Seri) Wee Ka Siong kata lain, MCA kata lain dan (Datuk Dr.) Asyraf Wajdi Dusuki kata lain.

“Dalam Pakatan Harapan, kita tidak bercanggah kerana kita telah bersetuju dalam manifesto yang ada,” katanya.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0