Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Ugut Mujahid: AMANAH Kuala Pilah buat laporan polis

Ugut Mujahid: AMANAH Kuala Pilah buat laporan polis

Oleh BERNAMAJanuary 8, 2020 6:44 pm




Parti Amanah Negara (AMANAH) Kuala Pilah membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial Facebook kerana memuat naik komen berbaur ugutan dan menghina Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Laporan itu dibuat Naib Ketua 1 AMANAH Kuala Pilah Halid Bendut pada 6 petang semalam di Balai Polis Melang, Kuala Pilah.

Halid dalam kenyataan di sini, hari ini berkata laporan berkenaan dibuat selepas terbaca satu tangkap layar yang dikongsi dalam aplikasi WhatsApp kumpulan AMANAH Kuala Pilah, yang memaparkan komen berbaur ugutan dan menghina Mujahid oleh pemilik akaun Facebook itu.

“Pemilik akaun itu meninggalkan komen berunsur ugutan selain kenyataan sedemikian boleh mengundang pelbagai reaksi negatif dan mengganggu ketenteraman awam. Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan itu.

“Kes sama turut dilaporkan di Johor sebelum ini,” katanya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Mohon sidang parlimen khas bukan derhaka titah Agong

Lebih 60 negara dimasuki virus baharu Covid-19 dari UK

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production