UIA Kuantan tawar penginapan untuk peserta Muktamar Pas ke 65

UIA Kuantan tawar penginapan untuk peserta Muktamar Pas ke 65
Kampus UIA ditawarkan sebagai tempat penginapan perwakilan dan pemerhati Muktamar Pas.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan diminta memberikan penjelasan kenapa kemudahan mereka dijadikan tempat penginapan rasmi peserta Muktamar Pas ke 65 tahun ini.

Ini berikutan tersebarnya poster tawaran penginapan kepada perwakilan dan pemerhati muktamar Pas yang bakal berlangsung 21 hingga 23 Jun 2019 di Kuantan.

Muktamar ini akan berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Muktamar Dewan-Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat Pas Pusat pula akan berlangsung dari 19 hingga 20 Jun 2019.

Menurut iklan yang dikeluarkan bertajuk Penginapan Sempena Muktamar Pas ke 65 @ Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, pelbagai pakej penginapan ditawarkan kepada pemerhati dan perwakilan samada untuk individu atau berkumpulan.