Malaysia Dateline

UiTM ‘trending’ hari ini gara-gara pelajar tayang keputusan peperiksaan

Universiti Teknologi MARA (UiTM) muncul ‘trending’ hari ini gara-gara pelajarnya dilihat sakan tayang keputusan peperiksaan dengan tertera nilai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang cemerlang.

Semakan mendapati ramai penuntut dari institusi pengajian tinggi (IPT) khusus bagi orang Melayu dan Bumiputera itu berbuat demikian sempena pengumuman keputusan peperiksaan semester mereka.

Mereka terbabit terutama pelajar perempuan dilihat berkongsikan slip keputusan rasmi lengkap dengan butiran subjek diambil bersama status pengajian mereka yang tergolong dalam senarai dekan.

Laman Facebook, “Universiti Teknologi MARA – Media Rasmi” memaklumkan pelajar universiti tersebut boleh melakukan semakan keputusan penilaian semester mereka hari ini menerusi tiga langkah berikut:

1. Semak Saring 19 di https://saringc19.uitm.edu.my

2. Log in MyStudent di https://mystudent.uitm.edu.my

3. Log ini UiTM Student Portal di https://istudent.uitm.edu.my

“Kalau ada masalah akses, cepat-cepat log in e-aduan ICT di https://units.uitm.edu.my

“Semoga urusan anda semua dipermudahkan-Nya dan mendapat keputusan yang diidamkan ye!” kata pihak Hal Ehwal Akademik UITM itu.

Baca juga Tular kisah Tasnim Shah UiTM selepas Prof ‘tak boleh duduk dengan orang B40’ dikecam

Baca juga Pengurus buat hal, Khairul Aming mohon maaf