Malaysia Dateline

Ujian aptitud siasah wajar untuk ahli politik

Tiada sesiapa melainkan calon yang benar-benar memberi perhatian kepada pilihan raya sepanjang masa.

Tidak kurang juga ‘usaha golongan ‘muda’ ‘ yang berhasrat untuk mengundi namun hanya dibenarkan mulai Januari 2022.

Ada sesuatu yang mungkin tidak kena atau betul dengan dengan itu, dan rasanya kita perlu mencadangkan idea yang lain dari kebiasaan: Lupakan mengundi buat seketika.

Apa kata kita cadangkan buat mereka yang bertanding jawatan mengambil ujian bertulis. Tak kisahlah ceramah politik.

Jika calon pelajar mengambil Ujian dan Peperiksaan Psikometrik untuk masuk ke kolej seperti calon guru mengambil Ujian Kelayakan Calon Guru , calon pra-pekerjaan mengambil PSEE (Public Service Entrance Examination) maka apa kata setiap calon jawatan politik mengambil Ujian Aptitud Politik untuk menyandang jawatan.

Ia akan menguji pengetahuan mereka tentang isu-isu dan kecerdasan mereka.

Calon yang mendapat markah tertinggi dalam ujian akan menang dan diberikan jawatan.

Pengundi semakin resah dan keliru sejak kebelakangan ini kerana terdapat banyak perkara yang tidak kena dengan pilihan raya kita.

Sebagai permulaan, rata-rata pengundi tidak bersetuju dengan pemilihan calon yang dimaksudkan.

Kita mendapatkan ADUN, Ahli Parlimen yang sedia ada oleh ahli politik parti yang bertanding.

Dalam pilihan raya utama, kita terpaksa memilih antara beberapa calon yang tidak kita pilih. Itu tentunya tidak betul.

Tahun sebelum ini, peratusan daripada calon yang sudah berada di Dewan Rakyat dipilih semula , itu tidak dikira dengan ‘wakil rakyat katak’.

Mereka menang kerana mereka boleh melakukan kebaikan untuk orang ramai dan untuk perniagaan yang memberi mereka ‘dedak’.

Itu tidak betul, bukan? Pencabar yang tidak dikenali tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan.

Kami sebenarnya tidak tahu apa yang calon percaya dan tahu dan jika kita memberi mereka ujian, mungkin kita akan mengetahuinya.

Mereka tidak suka untuk menjawab YA atau TIDAK kepada sesuatu perkara atau apa-apa terjadi.

Oleh itu , cadangan untuk mengadakan Ujian Kecekapan atau Aptitud Politik mungkin mempunyai 50 soalan YA atau TIDAK.

Mungkin kita oleh meletakkan beberapa contoh soalan sahaja.

Jika anda fikir ia perlu, adakah anda akan menaikkan cukai?

Patutkah kita menyerang negara jiran ASEAN?

Perlukah ada majlis berdoa di sekolah kepada Tuhan atau Allah?

Patutkah kita membelanjakan lebih sedikit untuk pendidikan dan lebih banyak untuk ketenteraan?

Patutkah kita membelanjakan lebih sedikit untuk tentera dan lebih banyak untuk pendidikan?

Ujian itu akan mempunyai soalan seperti itu. Mungkin ahli atau pakar seperti Majlis Profesor Kebangsaan boleh membantu membina soalan (dan matikan tohmahan universiti pusat profesor kangkung bertarikh 31/10/2021 ) atau mencadangkan kepada Biro Politik dan Pendidikan parti-parti tertentu.

Ada kawan bertanya, siapa yang akan menandai ujian dan memberi markah kepada ahli politik. Jawapannya mudah, gunalah teknologi inovasi AI dan lihat secara online keputusan calon-calon yang dimaksudkan,

Ini adalah hanya cadangan untuk difikirkan sempena persediaan PRN kelak . Yang baik jadi teladan, yang tidak jadi sempadan.

*AZIZI AHMAD adalah mantan pendidik yang minat dengan ilmu pentaksiran.