Malaysia Dateline

Ukhuwahnya ahli AMANAH

Konvensyen Parti AMANAH Negara kali ke-4 melabuhkan tirainya pada Ahad lalu’ yang berlangsung di IDCC Shah Alam.

Seramai 925 perwakilan serta saf kepimpinan nasional termasuk 14 Pengerusi Negeri telahpun selesai memilih 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional bagi sesi 2019-2020.

Justeru,keputusan pemilihan sudah diketahui dengan Presidennya,Haji Mohamad Sabu terus diberi kepercayaan menerajui barisan kepimpinan dalam masa tiga tahun mendatang ini.

Jika dilihat kepada keputusan dan pemilihan,ternyata tidak terdapat banyak perubahan daripada saf yang sedia ada kerana kebanyakan muka-muka lama kekal menerajui AMANAH buat kesekian kalinya.

Inilah Parti AMANAH.Bukan jawatan dan pangkat yang dikejar tetapi khidmat seseorang itu yang sebenarnya didamba.

Menyingkap sesi pemilihan tempoh hari,kematangan yang dipamerkan ahli-ahli atau perwakilan yang hadir begitu terserlah.

Tiada provokasi atau rungutan kedengaran dari kalangan perwakilan dan pemerhati meski calon-calon yang mereka beri undi tewas dalam pertarungan.

Bahkan semangat kekeluargaan dan ukhuwah telah nampak di riak wajah-wajah mereka dengan disulami pelukan kasih sayang tanda ucapan tahniah dan kesyukuran kepada calon lawan yang menang.

Buktinya,walaupun undi Haji Mohamad Sabu berada di kedudukan ketujuh daripada 27 calon yang layak menduduki kerusi jawatankuasa nasional tetapi kebijaksanaan Majlis Syura yang diwakili 27 calon yang menang dan bersama Pengerusi 14 Negeri telah sekali lagi memberi kepercayaan kepada beliau untuk diangkat sebagai Presiden.

Semangat musyawarah yang ditunjukkan dalam AMANAH menggambarkan betapa perbincangan secara telus tanpa membelakangi ahi-ahli lain merupakan aset parti ini dalam menterjemahkan misi mendekati rakyat di lapangan.

Menyingkap kepada sesi perbahasan yang berlangsung,kejujuran ahli-ahli yang mewakili negeri masing-masing melontar idea,cadangan di samping kritikan wajar dipuji.

Boleh dikatakan setiap perwakilan yang diberi peluang berbahas menujukkan kemahiran pidato masing-masing sehingga speaker terpaksa mengingatkan ruang masa yang diperuntukan.

Begitu juga di sebalik konvensyen pemuda dan wanita yang berlangsung dua hari lebih awal.

Walaupun didengari beberapa isu tempat konvensyen dan makan minum jadi bualan,namun isu-isu itu mampu di pinggirkan.

Yang pentingnya,permulaan yang baik mesti diakhiri dengan baik selari dengan konsep Rahmantan Lil Alamin.

Lantas,dengan konsep yang dibawa itu telah menidakkan cakap-cakap tidak enak daripada ‘spesis’ yang mahukan ‘robohnya’ AMANAH.

Jika diambil kira kedudukan undi yang diraih Khalid Samad (786),Mahfuz Omar (780),Salahuddin Ayub (765)dan Dr Mujahid (760),mungkin ramai yang beranggapan bahawa antara mereka yang menduduki kerusi presiden.

Tetapi telahan itu tidak tepat kerana walaupun Haji Mohamad Sabu hanya sekadar meraih sokongan undi sebanyak 681,beliau tetap diangkat sebagai Presiden AMANAH.

Ini kerana,dalam konsep pemilihan AMANAH telah menggabungkan proses demokrasi satu undi untuk seorang calon seterusnya calon yang menang akan dilantik dalam majlis syura sebelum diputuskan secara muktamad.

Jelas,ini bermakna calon-calon yang menang akan berbincang dalam satu kumpulan tanpa prejudis antara satu sama lain bagi melantik jawatan berdasarkan kelayakan dan kemahiran seseorang.

Inilah parti yang mengajar ahli-ahlinya dalam erti sebenar makna di sebalik pengorbanan selain ikhlas dan jujur dalam perjuangan.

Tiada lobi melobi ketika berkempen,tiada timbul provokasi dan tiada berlaku menuding jari sepanjang konvensyen.

Maka,bertepatanlah apa yang dikatakan ramai perwakilan dan pemerhati yang hadir bahawa AMANAH adalah sebuah parti yang ukhuwah di negara ini.