Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Ukhwah anjur Kejohanan Muay Thai patuh syariah

Ukhwah anjur Kejohanan Muay Thai patuh syariah

BernamaMarch 5, 2020 7:29 am




Kejohanan Ukhwah Super Muay Thai Piala Cabaran MB 2020 yang julung kali diadakan, bakal menampilkan kelainan apabila mewajibkan aspek pemakaian patuh syariah kepada pesertanya.

Presiden Persatuan Kebajikan Ukhwah dan Silaturrahim Pahang (Ukhwah) Zulkefly Senek berkata, ketetapan itu dibuat berdasarkan saranan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang mahukan penganjuran sukan menuju ke arah kehendak syarak.

Zulkefly yang juga Timbalan Pengerusi Kejohanan berkata di kejohanan yang berlangsung pada 27 Mac ini, peninju Muay Thai diwajibkan memakai seluar panjang atau seluar ketat.

“Difahamkan, kita yang pertama melakukannya dalam sukan ini di Pahang,” katanya pada sidang media kejohanan di perkarangan Stadium Darul Makmur di sini, hari ini.

Kejohanan yang berlangsung pada 8 malam di Stadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota itu, akan menyaksikan 12 peninju berentap untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.

Antara nama besar dalam sukan Muay Thai yang telah mengesahkan penyertaan termasuk pemenang pingat emas temasya Sukan SEA 2019 Mohammad Rifdean Masdor, Kapten Malaysia Muhamad Ali Yaakub dan peninju Muay Thai terkemuka negara Kabilan Jelevan Thiagarajan.

Dalam pada itu, Zulkefly berharap kejohanan itu dapat dijadikan acara tahunan dalam kalendar pelancongan Pahang, kerana sukan Muay Thai mempunyai peminat tersendiri sekali gus dapat meningkatkan kehadiran pelancong.

“Kita menjangkakan kehadiran antara 3,000 ke 4,000 penonton pada malam perlawanan. Usaha kami diharapkan menjadi permulaan kepada penganjur kejohanan lain, untuk turut sama menekankan aspek patuh syariah, dalam sukan bersesuaian,” katanya.

Peminat sukan Muay Thai boleh mendapatkan tiket pada harga RM15 untuk pembeli terawal, berbanding harga RM20 di pejabat Ukhwah di Jalan Makbar di sini, selain berpeluang memenangi sebuah motosikal yang juga hadiah utama cabutan bertuah.-BERNAMA.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

Kerajaan didesak hentikan sikap SOP berubah-ubah

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production