Ulama Pas label ahli AMANAH pendatang Bangladesh

Ulama Pas label ahli AMANAH pendatang Bangladesh

Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh (gambar atas) melabel ahli AMANAH seperti pendatang haram Bangladesh yang dihantar pulang ke negara asal.

Menafikan partinya berpecah, pemimpin berkenaan menganggap mereka terbabit sebagai mengkhianati perjuangan Pas selepas menguasai jawatankuasa Pas.

“Mereka ibarat pulang ke ganggang dan mengambil keputusan membina parti baharu menggunakan lambang ‘Adidas’.

“Pas tidak berpecah hanya kumpulan kecil yang tersasar, di kebanyakan ahli AMANAH adalah bukan pendokong Pas,” dipetik dari Sinar Harian hari ini.

Nik Zawawi berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Pas kawasan Bandar Tun Razak kali ke-30, semalam.

Sehubungan itu, beliau menggesa ahli Pas taat dan patuh semaksima mungkin supaya pimpinan boleh mencatur strategi politik.

“Pas harap ahli matang tidak membincangkan hal remeh-temeh dan tidak mudah melatah dengan fitnah kerana tahu serangan itu datangnya dari musuh, buat tak tahu saja kerana manusia tak pernah cukup,” tambahnya lagi.

Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tidak menganggotai Pakatan Harapan tetapi pada masa pimpinannya dari semasa ke semasa mesra dengan Umno-BN.

Pas juga mendakwa berperanan sebagai Blok Ketiga melalui Gagasan Sejahtera yang ditubuhkan pada 16 Mac 2016 dengan dianggotai beberapa parti kecil iaitu Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

6.0
OVERALL SCORE
2 user votes x 9.0
CATEGORIES