Malaysia Dateline

Ulama Pas percaya kegoncangan MN masih boleh diselamatkan

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Mokhtar Senik berpendapat kerjasama Umno dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) masih boleh diselamatkan.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu berkata demikian ketika pemimpin kedua-dua parti tersebut dilihat saling menyindir menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Entah mengapa hati saya masih percaya kegoncangan MN sejak mutaakhir ini masih boleh diselamatkan.

“… saya yakin titik perbezaan Pas Umno adalah lebih sedikit daripada titik-titik persamaannya. Sudut-sudut kebaikan sangat banyak jika persaudaraan kedua-dua parti Melayu Muslim ini dapat dikekalkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.