Malaysia Dateline

Ulama Pas terlalu marah, gelar musuh sebagai anjing jilat anu tuan

Nampaknya gagal membendung amarah, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik menggunakan gelaran anjing kepada musuh partinya.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat tersebut juga mengaitkan sifat sesetengah anjing dengan tabiat memakan najis tuan.

Bahkan, bekas Ketua Ulama Pas Pahang itu menggelarkan musuhnya sebagai anjing gila dengan perincian yang berbaur lucah.

“Mari pulak fake poster ni. Kepada musuh Pas diluar sana, dah laa tu. Ada setengah anjing tu memang kerjanya makan najis-najis yang tuan dia berak di merata tempat.

“Tapi kalau dah sampai pi duk jilat kat lubang dubur tuan, itu memang dah betul2 anjing gila,” kutuknya di Facebook (FB).

Poster yang didakwanya palsu itu berbunyi, “Pas tiada masalah jika seseorang pemimpin itu curi duit atau menipu, janji dia Melayu Islam – Mokhtar Senik” berserta gambar aksinya sedang berucap.

Mokhtar yang pernah dikaitkan dengan skandal sembang berahi bersama Leena seperti didedahkan pengguna FB, Alexander Pitsuwan Thomprason itu juga mengingatkan tentang dosa dan pahala.

“Ingat sikit dosa pahala kalau nak berpolitik pun,” kata pemilik Pondok Annur di Kampung Kuala Penor, Kuantan itu lagi.