Ulang alik setiap hari demi kerja di Singapura, pemuda raih RM6,000 sebulan jadi ‘cleaner’

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemuda yang bekerja di Singapura mengakui sanggup berulang alik setiap hari untuk bekerja sebagai pekerja pembersihan di Singapura demi memperoleh pendapatan lumayan.

Khairul Hafizi, 39, berkata, dia bekerja selaku pekerja pembersihan di Singapura dan menerima RM6,000 (SGD1,800) sebulan untuk kerja tidak sampai lapan jam sehari.

Bapa kepada seorang anak itu berkata, kerja selaku pekerja pembersihan di negara berkenaan memerlukan komitmen tinggi.

“Dah 13 tahun saya bekerja di Singapura dan selama itu jugalah saya berulang-alik dengan menaiki motosikal. Saya bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa, Changi.

“Berdasarkan pengalaman, masa kerja saya singkat tetapi menerima imbuhan gaji yang lumayan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Sya Kirin Asari, 29, berkata, dia memperoleh gaji antara RM6,000 hingga RM7,000 (SGD1,800 hingga SGD2,000) sebulan sejak dua tahun lalu.

Namun katanya, jadual waktu kerja di negara berkenaan agak padat iaitu selama 12 jam sehari bagi tempoh enam hari bekerja.

“Budaya kerja di Singapura terlalu berbeza, paling ketara soal komunikasi. Malah ada syarikat yang mengambil kesempatan terhadap pekerja asing dengan membayar gaji tidak ikut kadar ditetapkan kerajaan dan ada tak bayar kerja lebih masa.

“Saya bekerja dengan pelbagai bangsa setiap hari dan ada kalanya akan berlaku miss-communication (salah faham) dan kebanyakannya sentiasa mementingkan diri sendiri,” katanya seperti dilapor.

Baca juga: Rupanya ini cara bancuh tepung kalau nak goreng pisang, patutlah sejuk pun rangup lagi!