Malaysia Dateline

Ular sawa ditemui kenyang disangka telan kambing rupanya wanita yang sudah hilang 3 hari

Seekor ular sawa yang ditemui kekenyangan di dalam hutan disangkakan menelan seekor kambing rupanya seorang wanita yang sudah hilang 3 hari.

Wanita yang berusia 52 tahun dilaporkan hilang menyebabkan penduduk setempat melakukan operasi pencarian di pelbagai kawasan termasuk hutan berhampiran.

Ketika operasi mencari mereka terkejut melihat ular sawa sedang berehat kerana kenyang ekoran itu mereka curiga lalu membelah perut ular sawa terbabit.

Alangkah terkejutnya mereka apabila wanita yang dikenali sebagai Zahara kaku di dalam perut ular sawa sepanjang 6 meter itu.

Kejadian ini berlaku di Tanjung Jabung Barat, Jambi Indonesia.

“Kami tidak menyangka wanita itu hilang kerana ditelan ular sawa,” kata penduduk yang dikenali sebagai Birin.

Penduduk setempat memaklumkan, mangsa bekerja sebagai penoreh getah dan kejadian itu dipercayai berlaku ketika dia keluar menoreh pada awal pagi.

Insiden itu kemudiannya dilaporkan kepada pihak berkuasa dan jenazah Zahara dikebumikan oleh keluarganya.

Baca juga: Bukan senang nak jadi juara, ahli keluarga dedah Sofizah ambil masa 20 tahun untuk jadi Johan Tilawah Antarabangsa