Malaysia Dateline

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Ahad ini

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad jam 8.00 malam tadi.

Pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 24 Mei 2020,” katanya.