Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis ini iaitu 13 Mei 2021.
Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, sebentar tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Khamis, 13 Mei 2021,” katanya.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.
Hari Raya disambut dalam norma baharu selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 12 Mei sehingga 7 Jun.
Umat Islam mula berpuasa pada 13 April lalu.