Malaysia Dateline

Umat Islam disaran lakukan solat Istisqa selepas solat Jumaat esok

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan menyeru semua umat Islam mengadakan solat Istisqa pada Jumaat ini berikutan keadaan jerebu yang semakin kritikal melanda negara ketika ini.

“Sebagai seorang Muslim, kita disarankan untuk berdoa agar segala masalah dan musibah yang melanda seperti keadaan jerebu ini dapat dikurangkan. Oleh itu, saya menyeru kepada semua masjid mengadakan Solat Sunat Istisqa bagimemohon hujan dan mengurangkan jerebu.

” Semoga Allah memelihara negara inidaripada jerebu serta bencana yang tidak diingini,” ujar Datuk Seri Dr Mujahid Yusf dalam kenyataan.

Jerebu yang melanda Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak dua minggu lalu berpunca daripada pembakaran hutan di kawasan Kalimantan dan kebakaran hutan di beberapa daerah di Sumatera Barat.

Sejak seminggu lalu beberapa sekolah telah ditutup ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat sehingga ke tahap tidak sihat antara 200 hingga 300.

Pada masa ini semua sekolah di Pulau Pinang, Putrajaya, KL dan Selangor ditutup sehingga Jumaat.