Umat Islam mula berpuasa pada Khamis

Umat Islam mula berpuasa pada Khamis

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Khamis 17 Mei 2018 ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada 17 Mei ini bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote