Umat Islam perlu bersatu demi perpaduan ummah, kata Ahmad Zahid

Umat Islam perlu bersatu demi perpaduan ummah, kata Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahukan umat Islam negara ini terus bersatu padu demi perpaduan ummah walaupun terdapat perbezaan politik.

Ahmad Zahid berkata walaupun terdapat perbezaan politik yang masih melingkari masyarakat ketika ini, namun titik persamaan perlu sentiasa dicari menerusi penyemaian semangat kekitaan yang tinggi.

“Kita juga harus ketepikan perbezaan demi kebersamaan kita kerana perkara-perkara titik bengik yang menjadi perkara pokok harus diketepikan. Yang penting kebersamaan antara kita harus dilakukan dengan semangat kekitaan yang tinggi.

“Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri (Kelantan) mungkin berbeza fahaman politik tapi kita dapat bersama untuk menyatakan rasa kesatupaduan dalam tindakan-tindakan yang meilbatkan rakyat dan ummah. Ini harus dilakukan dan diteruskan (sepanjang masa),”katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Raya Aidilfitri bersama Timbalan Perdana Menteri di Dataran Rehal, Kota Bharu hari ini.

Majlis yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung itu turut disertai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut menyifatkan perjumpaan pada petang ini amat unik kerana tidak bermotifkan politik semata-mata malah penuh dengan kepelbagaian dalam satu pemikiran terutama dalam hal membabitkan nasib rakyat Palestin.

“Saya merasakan apabila saya, Tok Pa (Mustapa) dan rakan-rakan lain dipakaikan dengan selempang Palestin ini, ia merupakan satu pengesahan, bukan sahaja membabitkan kerajaan persekutuan dan negeri, malah badan-badan agama bukan Islam turut serta menyokong perjuangan rakyat Palestin.

situasi itu maka marilah kita, daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk memperlihatkan semangat solidariti menentang mana-mana tindakan agresif (oleh pihak tertentu dalam hal membabitkan rakyat Palestin).

“Agama harus dihormati walaupun kita berbeza latar belakang. Jika ini dapat dikekalkan keharmonian dapat dirasai. Ini yang diharapkan oleh kebanyakan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji tindakan pemimpin UMNO yang masih setia dengan parti walaupun beberapa jawatan yang disandang mereka sering berubah-ubah.

“Saya masih ingat apabila Tok Pa jemput saya datang ke Pejabat Menteri Kewangan Kedua ketika saya menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN). Tok Pa mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan saya sebelum menyerahkan surat pemberhentian saya sebagai Pengerusi BSN.

“Saya tak pernah rasa kecil hati kerana sifat kewalakan (kesetiaan) saya terhadap pemimpin, dan ketika saya berada di tempat berbeza (sekarang ini), Tok Pa tetap walak kepada saya sebagaimana saya walak kepada beliau dahulu,”
katanya.

TAGS