Umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidil Adha

Oleh MALAYSIADATELINE

Warga kerja Malaysia Dateline ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada  semua pembaca dan khusus kepada  30,200  jamaah haji Malaysia yang kini berada di  Bukit Arafah sehingga terbenam matahari pada hari ke-9 Zulhijjah.

Setelah itu jemaah haji  akan menumpukan perhatian kepada ibadah sembahyang, selain memohon rahmat dan keampunan kepada Allah yang maha Agung serta melaungkan: “Labbayk Allahumma Labbayk “.(Aku datang memenuhi panggilan Mu ya Allah).

Jemaah kemudian akan menuju ke Muzdalifa untuk bermalam, seperti yang dituntut bagi setiap jemaah, dan selepas itu melakukan lontaran batu di ketiga-tiga Jamarah.

Umat Islam seluruh dunia meraikan ibadah korban  pada 10 Zulhijjah  setiap tahun.

Semoga  jamaah haji Malaysia memperoleh haji yang mabrur.

Bagi umat Islam di Malaysia selain melakukan amalan  berpuasa sunat pada Hari Tarwiyah dan Hari Arafah sambutan hari raya Aidil Adha ini, akan disusuli dengan melaksanakan ibadah korban dengan penyebelihan lembu atau unta  yang akan dilakukan di masjid dan surau seluruh negara. Daging korban akan  disedekahkan kepada golongan asnaf.