Umat Islam Thailand sambut Aidilfitri Rabu

Umat Islam Thailand sambut Aidilfitri Rabu
Umat Islam di Thailand akan menyambut Hari Raya Aidillfitri pada Rabu, demikian diumumkan Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon, malam ini.pada  Isnin.

Pengumuman itu dibuat melalui satu kenyataan dan juga siaran di stesen Radio Thailand NBT.

Sebelum ini, tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada hari ini, di beberapa lokasi termasuk di Yala dan Phuket.

Dengan pengumuman itu, umat Islam di Thailand dan Malaysia akan menyambut 1 Syawal pada hari yang sama. – BERNAMA