Umat Islam tidak boleh hina, kritik penganut agama lain

Umat Islam tidak boleh hina, kritik penganut agama lain

Dakwah Islam untuk yakinkan dunia bahawa Islam agama yang membina tamadun, bukan agama sarkas yang anti-kritikan terbuka, kata Pengerusi Skuad Mubaligh Selangor (SMASH), Abdul Naser Tun Rahman atau lebih dikenali Xifu Naser.

Dakwah Islam untuk yakinkan dunia bahawa Islam agama yang membina tamadun, bukan agama sarkas yang anti-kritikan terbuka, kata Pengerusi Skuad Mubaligh Selangor (SMASH), Abdul Naser Tun Rahman atau lebih dikenali Xifu Naser.”

Bila sebut perkataan “fiqh” dan “kritikan terbuka”, ia membayangkan sifat ilmiah yang wajib ada pada setiap Muslim.

“Bila sebut sifat ilmiah, maka ego diri wajib diketepikan demi kebenaran. Kalau tersilap, mengaku tersilap dan betulkan. Kritikan adalah penting untuk kemajuan pemikiran.

“Sifat ilmiah adalah senjata umat Islam untuk yakinkan dunia bahawa Islam agama yang membina tamadun, bukan agama sarkas. Agama sarkas ialah agama anti-kritikan terbuka, kata beliau dalam tulisan kolumnya di Sinarharian.com.my hari ini.

Dakwah menurut beliau bukan sekadar sampaikan mesej Islam dalam keadaan menolak kritikan terbuka terhadap program yang diadakan. Saya lihat bila ada persatuan penganut bukan Islam mengkritik program dakwah, respons kita sangat emosional sehingga ada komen yang meragui keikhlasan pengkritik.

“Adakah kita nampak keikhlasan dan hati seorang pengkritik?,” soalnya.

Beliau kesal kerana masyarakat sekarang lebih menyokong dakwah dalam erti kata menyampaikan ceramah. Ada yang mampu bagi ceramah besar-besaran tentang Islam di stadium. Semakin besar, semakin banyak dana dan publisiti diterima.

“Mungkin ceramah seseorang begitu bersemangat sehingga ada yang memeluk Islam ketika ceramahnya, tetapi Hitler pun hebat dalam ceramah sehingga berjuta rakyat Jerman sanggup korbankan nyawa demi idealisme Hitler. Penceramah yang hebat, jika tidak dikawal, akan hasilkan budaya idolisasi sebagaimana rakyat idolakan Hitler.

“Masalah Hitler ialah beliau mewujudkan budaya yang anti-kritikan terbuka. Ini menjadikan propaganda beliau sarkas ceramah yang bersejarah!

“Sejauh manakah dakwah kita menjadi sarkas ceramah yang anti-kritikan terbuka, yang obses idolisasi pada seseorang penceramah?

Kita sanggup belanja ratusan ribu, bahkan jutaan, untuk ceramah Touch ‘n’ Go. Yang utama ialah kuantiti penonton mesti ramai seolah-olah ia konsert Bollywood. Pentas menjadi teater. Air mata penonton menjadi indikator kejayaan pementasan dakwah yang berjaya bila ada yang memeluk Islam ketika pementasan, katanya.

Menurutnya, kalau kita serius untuk bukan sekadar sampaikan tetapi meyakinkan tentang kehebatan Islam, kita perlu jauhi sarkas ceramah. Kita perlu analisa dan faham komplen-komplen penganut agama lain terhadap manhaj dakwah kita.

“Saya puji kerjasama Macma Ipoh dan Jaip. Program mereka berjaya menarik kehadiran Cina bukan Muslim yang begitu ramai sehingga kadang-kadang melebihi jumlah kehadiran Muslim. Kehadiran Cina bukan Muslim melebihi seribu orang adalah perkara biasa tetapi yang saya puji ialah sambutan positif daripada bukan Muslim dan media Cina.

“Sebagai contoh yang mudah, saya masih ingat bagaimana kereta Ustaz Hafiz Ng rosak. Ini menghalangnya untuk kerja dakwah di Ipoh. Seorang mekanik Cina bukan Muslim meminjamkan keretanya selama seminggu kepada ustaz supaya kerja dakwah dapat diteruskan!

“Komuniti bukan Muslim melihat Islam sebagai agama yang sokong budaya Cina, yang mesra rakyat, yang prihatin kepada nilai-nilai kemanusiaan. Kalangan daie di Ipoh bukan ceramah air liur sahaja, mereka turun padang untuk membantu rakyat multikultural. Tiada rakaman TV di stadium. Tiada tangisan air mata shahadahtainment. Tetapi kemesraan seperti satu keluarga amat dirasai di antara Muslim dan bukan Muslim,” jelas beliau.

TAGS